Majlis Perbandaran Hulu Selangor    
 
Aduan/Maklum Balas Baharu   Aduan/Maklum Balas Baharu Semak Aduan/Maklum Balas   Semak Aduan/Maklum Balas Log Masuk Pelanggan   Log Masuk Pelanggan
  Daftar Baharu
Laman Utama| FAQ| Peta Laman| Pegawai Daftar Masuk   Saya ingin menggunakan English | B.Malaysia    
FAQ

Soalan-soalan Lazim

1. Apa yang boleh saya adu kepada MPHS (Jenis aduan)? 

MPHS boleh menyiasat aduan-aduan berkaitan Bangunan, Bencana alam, Bil Cukai taksiran, Haiwan / serangga, Halangan Awam, Iklan , Jalan , Kebersihan Premis Makanan, Kejiranan, Lampu, Lesen Perniagaan, Pembersihan Awam, Penjaja, Perumahan, Pokok, Taman Permainan, Tempat letak kenderaan/Parkir dan lain-lain aduan di bawah penyelenggaraan/tanggungjawab MPHS.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan?

Tiada bayaran dikenakan.

3. Bolehkah saya membuat aduan bagi pihak orang lain?

Perlu memaklumkan hubungan anda dengan pengadu. Anda perlu mendapatkan keizinan daripadanya. Bagaimanapun, kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat peribadi termasuk nama, no.kad pengenalan, alamat untuk dihubungi dan nombor telefon.

4. Bagaimana cara membuat aduan?

Anda boleh mengemukakan aduan melalui telefon, hadir sendiri, menulis surat, laman web kami dan semasa kami mengadakan program-program bertemu orang ramai.

5. Apa yang perlu saya masukkan dalam aduan kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor?

Aduan anda perlu mengandungi maklumat yang mencukupi untuk membolehkan MPHSmenilai kedudukannya dan cara terbaik untuk membantu. Kami menggalakkan pengadu membekalkan maklumat-maklumat peribadi termasuk nama, alamat penuh untuk dihubungi dan nombor telefon dan alamat e-mel untuk membolehkan kami melaporkan perkembangan siasatan. Kami boleh merahsiakan butir-butir peribadi ini jika diminta oleh pengadu.

Sila beritahu kami dengan jelas apa yang anda mahu MPHS siasat. Berikan sebanyak mungkin maklumat termasuk gambar , salinan-salinan surat atau dokumen yang menunjukkan anda telah berusaha menyelesaikan aduan itu dengan agensi berkenaan. Beritahu kami hasil yang dikehendaki.

6. Apa berlaku kepada aduan saya?

Anda akan menerima NOTIS TERIMA  ADUAN beserta ID TIKET ke e-mel anda jika aduan dibuat melalui SISPAA MPHS. Selain itu, MPHS akan menghantar Surat Akuan Terima (SAT) beserta ID TIKET aduan kepada anda melalui e-mel/ surat untuk aduan yang dibuat menggunakan saluran e-mel / surat / telefon / hadir sendiri. Kami akan memberi pertimbangan yang teliti ke atas aduan anda. Jabatan / Bahagian yang bertanggungjawab atas aduan anda akan menjalankan siasatan dan tindakan yang sewajarnya. Setelah aduan anda telah diambil tindakan, aduan anda akan diselesaikan dalam sistem dan Surat/E-mel Keputusan kepada Pengadu (SKP)  akan dihantar kepada anda.   

7. Berapa lama Majlis Perbandaran Hulu Selangor membuat siasatan?

Tempoh penyelesaian aduan kategori BIASA adalah dalam masa 15 hari bekerja. Aduan KOMPLEKS merujuk kepada aduan yang diuruskan melebihi tempoh 16 hari dan ke atas dan boleh mencecah sehingga 365 hari termasuk hari kelepasan am dalam tahun kalender berkenaan.

8. Bolehkah Majlis Perbandaran Hulu Selangor menolak aduan?

MPHS boleh menolak aduan yang dikemukakan sekiranya pengadu enggan memberikan maklumat yang betul dan lengkap , aduan yang berniat jahat (mala fide), berbentuk ungutan/ancaman, sebarang aduan yang menggunakan bahasa yang kesat , lucah, konfrantasi, penghinaan atau tuduhan tanpa asas dan aduan berulang daripada individu yang sama yang telahpun diberi maklum balas yang sewajarnya.

Penafian | Privasi & Polisi
Hak Cipta © 2014 Biro Pengaduan Awam
Recommended 1024 x 768. Internet Explorer 9 and above, Mozilla Firefox, Google Chrome.
Muat Turun Adobe Reader